Salam…
Alhamdulillah, setakat ini sebanyak lebih kurang 29% daripada kesemua pesanan telah dapat kami tunaikan, iaitu sebanyak hampir 2,000 botol kuih raya kesemuanya. Dan nampak gayanya seperti biasa, bila orang dah nampak kuih raya kita, dan merasanya, adala beberapa orang yang hendak mengorder lagi, termasukla mereka yang tidak pernah mengorder daripada kami…
Tapi nak buat macamana.. pesanan telah kami tutup untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pengedaran sahaja buat masa ini… jika ada rezeki anda semua, insyaAllah akan kami buka kembali order.. itula… dah kata dah.. order cepat-cepat… kalau tengok gambar tu macam sedap, insyaAllahlah sedap kuihnya… hehe
Tapi buat masa ini, seperti yang telah kami nyatakan, jumlah pesanan telah melebihi sekali ganda daripada tahun lepas, dan kami khuatir akan ada masalah dengan stok kuih raya nanti.
Alhamdulillah, so far so good.
Bagi mereka yang tidak membayar deposit lagi, silalah bayar seperti mana yang kami nyatakan dalam email dan sms kami kepada anda… kalau tidak, order anda akan kami batalkan.
Kepada mereka yang telah membayar deposit, sila beritahu kepada kami, kerana ada yang transfer guna Maybank2U tapi guna pulak akaun nama suamilah, abanglah, adiklah, kakaklah.. so agak sukar kami trace balik sebab yang mengorder nya guna nama lain, yang bayarnya guna nama lain pulak… hehe macam-macam pulak tahun ni…
Update pengedaran seterusnya akan kami lakukan dari masa ke semasa…