Archive July 2009

Mama Carries ada Gajus! 0

Jul27

Mama Carries adalah antara kuih-kuih raya kami yang terlaris setiap tahun. Selalunya, tempahan terpaksa ditutup awal memandangkan kapasiti yang terhad kerana “kelecehan” membuatnya…bukan sembarangan orang boleh buat kuih ni.. tengok betapa cantiknya melted chocolate diputar dan dibentuk di bahagian atas Mama Carries ini…

Apa pula isi di dalam?

Adunan tepung yang dibancuh dengan bahan-bahan “rahsia “di sebelah bawah amat enak sekali, dan ditambah pula dengan biji gajus panggang yang diletakkan di bahagian tengah sebagai intinya… hmmm… what a combination!! Chocolate and cashew nuts!! Pasal tulah ramai yang tergila-gilakan Mama Carries kami.. :)

Klik pada Harga & Borang Pesanan untuk mengetahui harga serta cara-cara untuk memesan kuih ini, atau hubungi Jamilah (Ja) di 012-3159254 atau email ke jamilahkj @ yahoo . com

Klik sini untuk memberikan komen-komen anda berkenaan Mama Carries kami ini…

Sebijik Badam dalam London Almond 0

Jul26

Ada orang panggil Almond London, ada yang panggil London Almond, tapi setahu kita lah, kat London takde kot kuih ni… kat Malaysia je ada.. haha

Ada orang lumurkan je melted chocolate atas kuih ni, pastu kat atas tu ditaburkan serbuk badam… kita pulak, bukan sekadar lumurkan.. kita celup kuih ni dalam melted chocolate sepenuhnya, dan dibiarkan kering sementara kita taburkan chopped almonds.. (bukan serbuk)…

Dan satu lagi rahsia bila anda mula “ngap” kuih London Almond kita yang ranggup ni….. cuba kita keratkan kuih ni sikit…


Tu diaaaaaaa…… badam sebijik! :)

Klik pada Harga & Borang Pesanan untuk mengetahui harga serta cara-cara untuk memesan kuih ini, atau hubungi Jamilah (Ja) di 012-3159254 atau email ke jamilahkj @ yahoo . com

Klik sini untuk memberikan komen-komen anda berkenaan London Almond kami ini…

Sedapnye Denmark Cookies.. 0

Jul25

Kuih Raya Denmark Cookies - http://www.kuihraya.com.my

Nak cerita sikit pasal Denmark Cookies kita ni… for the past 2 years, Denmark Cookies adalah kuih raya yang PALING BANYAK dipesan oleh anda semua… pada tahun lepas sahaja lebih 40,000 pcs Denmark Cookies ini telah terjual! Semuanya buatan tangan si pembuat itu sendiri… 100% home-made…

Keenakannya tidak terkata… kalau dalam gambar pun dah nampak cantik dan mengiurkan, apa lagi kalau kuih ini ada di dalam mulut anda sendiri…


Bebola adunan kuih ini dibakar, dipped in melted chocolate, dan digulingkan di atas “crushed” roasted peanuts… memang menjadi kegemaran sesiapa yang pernah menikmati keenakannya…

Ada orang kata rasanya ada seperti coklat “Ferrero Rocher”… ntahlah… tepuk dada, telefon kami, buat pesanan, bila dapat kuih ini, rasalah sendiri…. :)

Klik pada Harga & Borang Pesanan untuk mengetahui harga serta cara-cara untuk memesan kuih ini, atau hubungi Jamilah (Ja) di 012-3159254 atau email ke jamilahkj @ yahoo . com

Klik sini untuk memberikan komen-komen anda berkenaan Denmark Cookies kami ini…

Kejap Ada, Kejap Tak Ada 18

Jul16

Disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, dukacita kami ingin umumkan bahawa ada beberapa jenis kuih yang tidak dapat kami sediakan buat tahun ini. Mintak ampuunnn banyak-banyak….

Kuih-kuih tersebut adalah: Strawberry Shortbread, Biskut Arab, dan Rich Fruit Cake.

Disebelah panel kanan laman web ini adalah Katalog Kuih-kuih Raya yang kami sediakan buat Aidilfitri 2009. Dari masa ke semasa kami akan menambahkan lagi koleksi kuih raya kami, sekiranya ada.

So, selalu-selalulah datang menjenguk kami di sini, manala tau ada tetiba jer kuih raya baru yang kami masukkan ke dalam katalog kami untuk tahun ini.

:)

Mulanya Di Sini 1

Jul15

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera semuanya…

Berjumpa kita kembali buat tahun ke-3 berturut sempena Aidilfitri 2009 yang akan menjelma tidak lama lagi…

Ingin kami umumkan bahawa mulai hari ini, Kuih Raya Kelana Jaya telah berpindah dari laman blog http://kuihraya.wordpress.com ke laman web ini, iaitu di http://www.kuihraya.com.my

Kami juga ingin mengumumkan bahawa tempahan untuk Aidilfitri 2009 dibuka sekarang!

Anda semua boleh hubungi saya (Jamilah) melalui email, SMS, telefon untuk membuat pesanan anda.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

:)

Jamilah (012-3159254)

jamilahkj @ yahoo . com





Kuih Raya Kelana Jaya is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com