Sep25
Salam Aidilfitri, selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada anda semua yang setia menjadi pelanggan kami dari setahun ke setahun.. dan juga kepada mereka yang baru sahaja terserempak dengan Kuih Raya Kelana Jaya ini….
Ada beberapa pengumuman penting di sini.
1. Anda masih lagi boleh memesan kuih raya mulai sekarang!!
2. Hanya Denmark Cookies, Mama Carries, dan Chocolate Chips sahaja yang dibuka untuk pesanan.
3. Pesanan hanya diterima jika dibuat melalui ONLINE FORM yang baru disediakan ini sahaja…
4. Setelah klik submit, tunggu sehingga kami hubungi anda dalam masa 12 jam.
Ini online formnya: ONLINE FORM
Anda akan dikehendaki membayar deposit sebanyak 30% daripada jumlah keseluruhan nilai pesanan anda kepada akaun kami:
Maybank: 164173629411 (Jamilah binti Awang)
Bila boleh dapat kuihnya? hmm… insyaAllah dalam 4-7 hari, bergantung kepada jenis kuih yang dipesan. (Denmark 4-5 hari, Mama Carries & Chocolate Chips 6-7 days)
Haaa… kepada mereka yang kempunan kuih-kuih raya kami, especially Mama Carries yang telah lama ditutup pesanannya… haaa.. inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk dapatkanya bagi menghiasi meja anda menjamu para pengunjung yang datang ke rumah untuk berhari raya…
Salam mesra dari kami sekeluarga..
Sep16
Jamilah,
I just want to let you know that I dah cuba semua biskut yg diorder. I am soooo happy that I finally jumpa kuih raya yg best of the best. I specially suka samprit walhal mmg tak minat kuih yg ada nama tradisional heheh. Chip cookies tu anak2 I suka teramat, nyesal pulak tak order lebih. Nampak gaya mmg akan habis be4 raya.
I mmg fussy pasal food but this one i bagi 5 star. Nak tanya kalau tak raya, you buat jugak tak? I think you all should buka kedai buat besar2an..thanx for introducing me to this delicious kuih raya…
Regards
Azura
Sep16
Salam Ramadhan…
Alhamdulillah, 92% tempahan kuih raya tahun ini telah selamat disempurnakan… tinggal lagi hari ini dan esok sahaja untuk kami siapkan keseluruhan tempahan yang diterima. Yang tinggal pun cuma tempahan rakan-rakan ofis kami, serta ahli-ahli keluarga dan 3-4 orang lain sahaja… insyaAllah…
Hampir 3,500 botol kuih raya telah disempurnakan dan hanya tinggal 200-300 sahaja yang tinggal.. ada yang dah siap, ada yang tengah dibancuh, ada yang tengah diuli, ada yang tengah ditekap, ada yang tengah dibotolkan… alhamdulillah…
Tengah sebok giler sekarang ni… hehe kita pun nak beraya jugak, kan.. hehe
Sep15
Salam Ramadhan…
Alhamdulillah, 88% pesanan telah dapat disempurnakan. Kami akan cuba selesaikan semua urusan kuih raya tahun ini, insyaAllah dalam sehari dua ini.
Ini bermakna, TIADA jualan “masa-masa kecederaan” akan diadakan pada 16 & 17 September ini. Sebaliknya, masa-masa kecederaan ini akan kami gunakan untuk menyempurnakan baki 12% pesanan yang masih lagi tergantung disebabkan kuih raya tak siap lagi!
Jumlah permintaan/tempahan keseluruhan pada tahun ini meningkat hampir 63% daripada jumlah keseluruhan tahun lepas… amat di luar jangkaan kami. Disebabkan ini juga, di samping masalah-masalah kecil yang timbul, agak mencabar juga kami nak sempurnakan kesemua tempahan yang telah dibuat.
InsyaAllah sedikit demi sedikit kita usahakan. So, instead of accepting new orders, kita just focus nak selesaikan order yang sedia ada jer… insyaAllah tahun depan kita buat lagi dengan persediaan yang lebih rapi daripada tahun ini supaya lebih ramai lagi yang dapat mencuba keenakan kuih raya kami ini.
Sep12
Salam Ramadhan…
Just to update on the delivery status…
Setakat semalam, alhamdulillah, lebih kurang 70% daripada kesemua pesanan telah pun disempurnakan.
Dalam “masa-masa kecederaan” ini ada ramai yang masih tidak dapat menerima pesanan mereka kerana ada di antara kuih-kuih mereka yang tidak sempat siap lagi. Ada yang order 7 macam kuih, yang dah siap 6 jer.. so, terpaksa kena tunggu sehingga yang satu jenis tu siap, baru kami boleh berikan.
Kami juga nak memohon maaf kepada yang mereka memesan supaya menghantar kuih mereka secara pos. Kami memang tidak menggemarkan cara ini kerana kuih raya gerenti hancur! Kalau tak banyak, mesti ada juga yang retak-retak.. Kepada yang mereka yang telah menerima melalui pos, kami harap maaf sekiranya kuih-kuih anda pecah-pecah
Inilah kali pertama kami cuba menghantar melalui Pos Laju, atas permintaan anda… mungkin cara pack kami tak betul, tetapi sememangnya kami tak arif dalam pos-mengepos kuih raya ni. Kalau ada mereka yang arif, jadila agen kami dan kami akan pass all orders to you to handle.
Alhamdulillah, ramai yang telah merasa kuih raya kami, telefon kami bertubi-tubi nak tambah order, dan ada yang dah pun letak nama dalam waiting list sekiranya kami membuka order untuk 16 & 17 September ini… terima kasihla banyak-banyak.. tetapi nampak gaya macam susah sikit nak terima ni… tempahan yang ada pun teralu banyak untuk kami sempurnakan, walaupun persiapan telah dilakukan untuk menerima tempahan lagi banyak berbanding tahun lepas…. tak sangka pulak tempahan yang diterima sekarang sudahpun melebihi kapasiti! Kami sedang bertungkus-lumus nak menyempurnakan tempahan yang sedia ada dahulu…
Insya Allah, kalau ada rezeki, kami akan buka jualan untuk 16 & 17 September nanti.
Sep8
Salam Ramadhan…
Ramai lagi yang telefon, sms, email nak mintak tambah order, baru nak order, etc… mintak ampun maaf banyak-banyak kerana buat masa ini kami tidak dapat nak menerima apa-apa tempahan selagi tempahan yang sedia ada tidak disempurnakan…
That being said… haaaa…. kalau nak order jugak, tunggu sehingga 15 September ini. We expect all orders to be settled by then. So kalau ada lagi kudrat yang sanggup membuat kuih-kuih raya di “masa-masa kecederaan” ini, insyaAllah kami akan buka untuk jualan… untuk 2 hari aje…. 16 & 17 September… tapi yang ni kena bayar 100% in advance, and pick up sendiri.. DEAL?
Sep7
Salam Ramadhan…
Buat masa ini, kami sedang rancak mengagih-agihkan kuih raya dan melayan anda yang datang untuk mengambil sendiri kuih raya di tempat kami.
Alhamdulillah, setakat ini 35.14% daripada keseluruhan tempahan diterima telah pun disempurnakan. Ada juga antara agen-agen kami yang masih belum boleh mengambil kuih-kuih raya mereka kerana ada antara kuih-kuih raya yang masih belum siap dibuat! Harap bersabar ye.. dalam sehari dua ok lah tu..
Disenaraikan di sini TOP 10 List Kuih Raya untuk Musim Aidilfitri 2009 ini… (bukan list muktamad.. sebab jumlah sebenar tempahan hanya boleh diketahui selepas di”audit” oleh kami..). Dalam bracket tu kedudukan 5 hari lepas… list hampir tak berubah, kecuali antara Samprit danWhite Chocolate Van Houten (no. 6 & 7)… memandangkan banyak betul repeat orders for Samprit “kuih berhantu” kami…
1. Denmark Cookies (1)
2. Mama Carries (2)
3. Coffee Rings (3)
4. Ginger Oats (4)
5. Tart Nenas Gunting (5)
6. Samprit (7)
7. White Chocolate Van Houten (6)
8. Chocolate Chips (8)
9. Chocolate Almond (9)
10. London Almond (10)
Alhamdulillah dan terima kasih sekali atas sokongan anda semua yang ingin mencuba kuih-kuih raya kami, dan juga anda yang masih setia dengan kuih raya kami bertahun-tahun lamanya…
Asyik cakap pasal kuih raya jer.. dah shopping raya ke?
Sep6
Alhamdulillah… kesemua fasa-fasa pesanan telah pun ditutup dengan rasminya semalam…. tempahan kuih raya untuk kesemua jenis kuih raya tidak akan lagi dibuka…
Ingatkan nak buat pengumuman istimewa…tapi tak boleh pulak based on permintaan yang “bertubi-tubi” datang melalui SMS, fax, email, dan phone dah nak dekat-dekat penghujung tarikh akhir pesanan….
Begini… sebenarnya kami ingin menutup kesemua pesanan kecuali bagi Denmark cookies untuk tempoh lagi seminggu… seperti yang kami lakukan tahun lepas… tapi memandangkan pesanan untuk Denmark cookies sahaja telah melebihi kapasiti kami buat masa ini, tak dapatlah kami nak buat pengumuman itu… kesian la pulak kepada mereka yang masih ingin merasa Denmark cookies kami ni…
Pesanan untuk Denmark cookies pada tahun ini sahaja telah meningkat sehingga 1200 botol, atau 60,000 pieces (peningkatan sebanyak 20,000 pieces daripada tahun lalu). Dan oleh kerana kuih-kuih kami adalah 100% home-made, kami tak berani la pulak berjanji… so sebagai langkah selamat, kami tutupkan saja pesanan…
Terima kasihla kepada mereka yang telah membuat tempahan dan yang telah pun menerima kuih-kuih raya anda. Sokongan anda amat kami hargai dan menguatkan lagi azam kami untuk meningkatkan pasaran untuk Kuih Raya Kelana Jaya ini.
Kami akan terus memberikan gambaran status pengagihan kuih-kuih raya serta beberapa pengumuman sehinggalah tamat musim kuih raya Aidilfitri tahun ini dari masa ke semasa… stay tuned for latest updates!!
Sep4
Salam Ramadhan…
Nak diumumkan di sini bahawa esok adalah hari terakhir untuk membuat pesanan bagi musim Aidilfitri tahun ini. ESOK LAST DAY!!!
Kepada mereka yang telah memesan kepada kami melaui SMS, Faks, E-mail, dan yang masih belum membayar deposit 30% daripada jumlah pesanan anda, sila berbuat demikian. Jika tiada pembayaran dibuat, pesanan anda tidak akan direkodkan ke dalam sistem kami. Selepas pembayaran dibuat, hubungi kami melalui telefon atau email.
Walaupun tempahan untuk Mama Carries telah lama ditutup, kami masih menerima tempahan untuk kuih raya ini. Walau bagaimanapun permintaan anda terpaksa kami tolak kerana permintaan yang tidak terkejar tangan nak membuatnya.
Setakat semalam, pesanan untuk kuih terhebat kami, Denmark cookies telah menunjukkan peningkatan sebanyak 25% daripada jumlah pesanan tahun lalu…
Jumlah pesanan keseluruhan yang kami terima tahun ini pula telah menunjukkan peningkatan yang hampir mencecah 30% daripada tahun lalu. Terima kasih di atas sokongan anda yang memesan secara terus kepada kami, mahupun yang memesan melalui agen-agen kami.
Esok, insyaAllah ada pengumuman menarik yang akan dibuat… TUNGGU!!!
Sep2
Salam Ramadhan semua…
Berdasarkan jumlah keseluruhan pesanan yang diterima setakat ini, sukacita dimaklumkan bahawa sambutan terhadap Kuih Raya Kelana Jaya amat memberangsangkan, berikutan peningkatan pesanan sebanyak lebih kurang 13% daripada jumlah keseluruhan pesanan tahun lepas… and more orders are coming in for Phase 3!! Alhamdulillah…
Setakat ini juga lebih kurang 26% daripada jumlah pesanan tahun ini telah pun kami sempurnakan, which means, you guys have already gotten your kuih raya and many have ordered for more.. hehe thank you so much!
Di sini juga kami ingin umumkan buat pertama kalinya our TOP 10 LIST for 2009 setakat ini, berdasarkan jumlah pesanan yang kami terima.
1. Denmark Cookies (33.21% daripada keseluruhan jumlah pesanan)
2. Mama Carries (15.00%)
3. Coffee Rings (6.78%)
4. Ginger Oats (5.88%)
5. Tart Nenas Gunting (5.58%)
6. White Chocolate Van Houten (5.32%)
7. Samprit (5.14%)
8. Chocolate Chips (4.65%)
9. Chocolate Almond (3.39%)
10. London Almond (3.13%)
11. Kuih-kuih raya lain (11.91%)
Pesanan untuk Mama Carries dah pun ditutup, tapi pesanan untuk kuih terhebat kami, DENMARK COOKIES masih lagi dibuka!! Cepat! Order sekarang!!
Seperti biasa, kepada mereka yang ingin menikmati kuih-kuih raya kami, klik pada Harga & Borang Pesanan untuk mengetahui harga serta cara-cara untuk membuat pesanan atau hubungi Jamilah (Ja) di 012-3159254 atau email ke jamilahkj @ yahoo . com