Archive June 2010

Musim Kuih Raya 2010!! 0

Jun19

Salam… hampir 8 bulan tidak berjumpa, kini kita kembali untuk merancakkan suasana Hari Raya Aidilfitri 2010, walaupun puasa lebih kurang 2 bulan baru nak mula.. hehe..

Yelah.. kalau dah ramai betul yang bertanyakan tentang Kuih Raya Kelana Jaya ni melalui SMS, call, dan email, adalah lebih baik kita bersemuka di sini, untuk penjelasan yang lebih terperinci mengenai Bisness Kuih Raya Kelana Jaya musim perayaan Aidilfitri 2010 ini.

Buat masa ini, sample-sample kuih raya belum disediakan lagi… insyaAllah tak lama lagi. Tapi kami mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjadi agen-agen jualan kami di tempat-tempat anda… definisi agen kami ialah sesiapa yang boleh memesan lebih daripada 100 botol kuih raya pelbagai jenis dari kami. Kalau reramai kumpul order kat office tu, boleh kot sampai lebih 100 botol.. macam agen-agen kami yang sedia ada… tu tak termasuk sedara-mara, rakan-rakan luar ofis yang lain. Order seorang, dapat diskaun ramai-ramai!! :) (Pandai-pandailah kalau agen tu nak share diskaun ramai2… hehe tapi kesian gak kat dia sebab dia jugak yang kena kumpul duit, kejar duit, ambil kuih-kuih raya yang dah siap daripada kami, dan distributekan kepada anda semua..)

Kalau boleh, silalah hubungi kami dengan menyatakan nama anda, nombor handphone, serta kawasan edaran anda… anda boleh email ke jamilahkj@yahoo.com (Jamilah).

Baru-baru ini kami terima satu komen daripada pelanggan kami yang memesan kuih raya daripada Kuih Raya Kelana Jaya…

kak jamilah.. bile agaknye nak open tempahan raya 2010?… last year bought from u… sgt2 best…. my fav is choc shortbread.. besar2 n sedap sangatttt… rugi last year beli sket.. (beli tetamu dtg.. sha sorok biskut tuh! :P ) wakakakaka~ this year kene beli lebih..

coffee rings pun yummy… tambah pulak bile tergigit almond yg tabur2 kat atas tu.. denmark cookies.. sgt cantik.. taruk dlm container jd sgt welcoming gitu..

best and worth it!

kesimpulannye to new buyers… sila dapatkan kuih raya anda dr kuihraya.com.my tahun ni… fully n highly recommended..

sha, 9 june 2010, shah alam

Thanks, Sha! :)

Kuih Raya Kelana Jaya is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com