Archive July 2010

Tempahan Semakin Rancak Sebelum Ramadhan… 0

Jul26

Salam Nisfu Syaaban…

Lebih kurang 2 minggu lagi kita akan menyambut 1 Ramadhan, dan pada hari itulah juga pesanan untuk Fasa 1 akan ditutup. Setakat ini pesanan semakin rancak diterima dari yang jauh dan yang dekat.

Setakat ini kita menerima juga pesanan dari luar kawasan Lembah Kelang yang tidak dapat mengambil sendiri kuih raya anda di tempat kami di Kelana Jaya. Pesanan anda semua ini akan dihantar melalui pos. Walau bagaimanapun kami tidak galakkan penghantaran melalui pos kerana kemungkinan besar kuih-kuih raya ini akan retak dan tidak cantik untuk dihidangkan nanti.

Kami amat alu-alukan sekiranya ada yang berminat menjadi agen untuk kawasan-kawasan di luar Lembah Kelang. Kepada mereka ini, kami akan forwardkan semua order daripada kawasan anda kepada anda untuk menyempurnakan tugas pengedaran.

Ada beberapa perkara yang ingin diberitahu di sini:

1. Pesanan hendaklah dibuat menggunakan order form di sini: Online Order Form atau Fax Order Form

2. Apabila pesanan telah dibuat, kami akan menghubungi anda melalui email ataupun handphone menyatakan jumlah botol yang dipesan dan harga keseluruhan yang perlu dibayar serta jumlah 30% deposit yang perlu dibayar untuk meng”confirm”kan pesanan anda ini.

3. Seboleh-bolehnya, apabila kuih raya siap nanti, hendaklah diambil sendiri dari tempat kami di Kelana Jaya. Sekiranya tidak, caj penghantaran akan dikenakan di kawasan sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Kelang, Puchong, Kajang, Putrajaya antara RM15-RM30.

Di sini juga ada beberapa pengumuman tentang kuih-kuih raya terbaru kami. Tahun ini kami memperkenalkan 3 jenis kuih terbaru: Chocolate Marble Shortbread, Snow Almond, dan Chocolate Peanut Butter Cups (sila rujuk gambar di sebelah kanan).

Kepada sesiapa yang telah memesan Tiny Raya Tartlets, kami terpaksa membatalkan pesanan anda untuk kuih ini kerana kami tidak akan menjualnya untuk tahun ini. Kami merasakan kuih ini tidak berapa ranggup dan tidak sesuai untuk dijual buat masa ini. Harap maaf. Pesanan anda untuk kuih-kuih yang lain tetap kami terima.

Setakat ini, jumlah pesanan yang diterima telah pun hampir mencecah 1/3 daripada jumlah pesanan tahun lepas. Ini tidak termasuk jumlah pesanan daripada agen-agen kami yang belum lagi memberikan order mereka masing-masing kepada kami. Terima kasih kepada anda semua yang terus memberikan sokongan kepada kami.

Kuih Raya Kelana Jaya is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com