Phase 2 Updates!! Ada kuih raya yang ditutup… 0
Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut Perayaan Kemerdekaan Malaysia ke-52!
Alhamdulillah, pesanan untuk Phase 2 telah pun ditutup semalam. Based on the orders received, jumlah pesanan setakat ini telah pun melebihi jumlah pesanan keseluruhan kami tahun lepas… alhamdulillah dan terima kasih di atas sokongan anda para peminat Kuih Raya Kelana Jaya
Buat masa ini proses pembuatan kuih dan pengagihan dan penghantaran sedang giat dilakukan. 18% daripada kesemua pesanan setakat ini telah pun diterima oleh anda, terutamanya mereka yang telah memesan dalam Fasa 1.
Fasa 3 bermula hari ini dan akan berakhir 5 September 2009.
Di sini diumumkan bahawa untuk Fasa 3, pesanan untuk Mama Carries DITUTUP! Tempahan yang diterima setakat Fasa 2 semalam telah meningkat 100% daripada jumlah keseluruhan tahun lepas. Terima kasih kepada mereka yang sempat memesan kuih Mama Carries kami ini. Kepada yang tak sempat, kita cuba lagi pesan awal2 tahun depan..
Kepada semua agen kami, diminta anda semua tidak lagi mengambil order untuk mama Carries untuk Fasa 3 ini kerana permintaan yang diterima untuk Fasa 3 tidak dapat dipenuhi.
Sekian, terima kasih.
subscribe to comments RSS
There are no comments for this post