Order Fasa 3 (terakhir) ditutup esok!! 0
Salam Ramadhan…
Nak diumumkan di sini bahawa esok adalah hari terakhir untuk membuat pesanan bagi musim Aidilfitri tahun ini. ESOK LAST DAY!!!
Kepada mereka yang telah memesan kepada kami melaui SMS, Faks, E-mail, dan yang masih belum membayar deposit 30% daripada jumlah pesanan anda, sila berbuat demikian. Jika tiada pembayaran dibuat, pesanan anda tidak akan direkodkan ke dalam sistem kami. Selepas pembayaran dibuat, hubungi kami melalui telefon atau email.
Walaupun tempahan untuk Mama Carries telah lama ditutup, kami masih menerima tempahan untuk kuih raya ini. Walau bagaimanapun permintaan anda terpaksa kami tolak kerana permintaan yang tidak terkejar tangan nak membuatnya.
Setakat semalam, pesanan untuk kuih terhebat kami, Denmark cookies telah menunjukkan peningkatan sebanyak 25% daripada jumlah pesanan tahun lalu…
Jumlah pesanan keseluruhan yang kami terima tahun ini pula telah menunjukkan peningkatan yang hampir mencecah 30% daripada tahun lalu. Terima kasih di atas sokongan anda yang memesan secara terus kepada kami, mahupun yang memesan melalui agen-agen kami.
Esok, insyaAllah ada pengumuman menarik yang akan dibuat… TUNGGU!!!
subscribe to comments RSS
There are no comments for this post