Article written

  • on 06.09.2009
  • at 01:39 PM
  • by kuihraya

PESANAN DITUTUP… tapi… 0

Sep6

Alhamdulillah… kesemua fasa-fasa pesanan telah pun ditutup dengan rasminya semalam…. tempahan kuih raya untuk kesemua jenis kuih raya tidak akan lagi dibuka…

Ingatkan nak buat pengumuman istimewa…tapi tak boleh pulak based on permintaan yang “bertubi-tubi” datang melalui SMS, fax, email, dan phone dah nak dekat-dekat penghujung tarikh akhir pesanan….

Begini… sebenarnya kami ingin menutup kesemua pesanan kecuali bagi Denmark cookies untuk tempoh lagi seminggu… seperti yang kami lakukan tahun lepas… tapi memandangkan pesanan untuk Denmark cookies sahaja telah melebihi kapasiti kami buat masa ini, tak dapatlah kami nak buat pengumuman itu… kesian la pulak kepada mereka yang masih ingin merasa Denmark cookies kami ni…

Pesanan untuk Denmark cookies pada tahun ini sahaja telah meningkat sehingga 1200 botol, atau 60,000 pieces (peningkatan sebanyak 20,000 pieces daripada tahun lalu). Dan oleh kerana kuih-kuih kami adalah 100% home-made, kami tak berani la pulak berjanji… so sebagai langkah selamat, kami tutupkan saja pesanan…

Terima kasihla kepada mereka yang telah membuat tempahan dan yang telah pun menerima kuih-kuih raya anda.  Sokongan anda amat kami hargai dan menguatkan lagi azam kami untuk meningkatkan pasaran untuk Kuih Raya Kelana Jaya ini.

Kami akan terus memberikan gambaran status pengagihan kuih-kuih raya serta beberapa pengumuman sehinggalah tamat musim kuih raya Aidilfitri tahun ini dari masa ke semasa… stay tuned for latest updates!!

:)

subscribe to comments RSS

There are no comments for this post

Please, feel free to post your own comment

* these are required fields

Kuih Raya Kelana Jaya is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com