Delivery Updates & Top 10 List 2009 0
Salam Ramadhan…
Buat masa ini, kami sedang rancak mengagih-agihkan kuih raya dan melayan anda yang datang untuk mengambil sendiri kuih raya di tempat kami.
Alhamdulillah, setakat ini 35.14% daripada keseluruhan tempahan diterima telah pun disempurnakan. Ada juga antara agen-agen kami yang masih belum boleh mengambil kuih-kuih raya mereka kerana ada antara kuih-kuih raya yang masih belum siap dibuat! Harap bersabar ye.. dalam sehari dua ok lah tu..
Disenaraikan di sini TOP 10 List Kuih Raya untuk Musim Aidilfitri 2009 ini… (bukan list muktamad.. sebab jumlah sebenar tempahan hanya boleh diketahui selepas di”audit” oleh kami..). Dalam bracket tu kedudukan 5 hari lepas… list hampir tak berubah, kecuali antara Samprit danWhite Chocolate Van Houten (no. 6 & 7)… memandangkan banyak betul repeat orders for Samprit “kuih berhantu” kami…
1. Denmark Cookies (1)
2. Mama Carries (2)
3. Coffee Rings (3)
4. Ginger Oats (4)
5. Tart Nenas Gunting (5)
6. Samprit (7)
7. White Chocolate Van Houten (6)
8. Chocolate Chips (8)
9. Chocolate Almond (9)
10. London Almond (10)
Alhamdulillah dan terima kasih sekali atas sokongan anda semua yang ingin mencuba kuih-kuih raya kami, dan juga anda yang masih setia dengan kuih raya kami bertahun-tahun lamanya…
Asyik cakap pasal kuih raya jer.. dah shopping raya ke?
subscribe to comments RSS
There are no comments for this post