Delivery Updates: 70% delivered. 0
Salam Ramadhan…
Just to update on the delivery status…
Setakat semalam, alhamdulillah, lebih kurang 70% daripada kesemua pesanan telah pun disempurnakan.
Dalam “masa-masa kecederaan” ini ada ramai yang masih tidak dapat menerima pesanan mereka kerana ada di antara kuih-kuih mereka yang tidak sempat siap lagi. Ada yang order 7 macam kuih, yang dah siap 6 jer.. so, terpaksa kena tunggu sehingga yang satu jenis tu siap, baru kami boleh berikan.
Kami juga nak memohon maaf kepada yang mereka memesan supaya menghantar kuih mereka secara pos. Kami memang tidak menggemarkan cara ini kerana kuih raya gerenti hancur! Kalau tak banyak, mesti ada juga yang retak-retak.. Kepada yang mereka yang telah menerima melalui pos, kami harap maaf sekiranya kuih-kuih anda pecah-pecah
Inilah kali pertama kami cuba menghantar melalui Pos Laju, atas permintaan anda… mungkin cara pack kami tak betul, tetapi sememangnya kami tak arif dalam pos-mengepos kuih raya ni. Kalau ada mereka yang arif, jadila agen kami dan kami akan pass all orders to you to handle.
Alhamdulillah, ramai yang telah merasa kuih raya kami, telefon kami bertubi-tubi nak tambah order, dan ada yang dah pun letak nama dalam waiting list sekiranya kami membuka order untuk 16 & 17 September ini… terima kasihla banyak-banyak.. tetapi nampak gaya macam susah sikit nak terima ni… tempahan yang ada pun teralu banyak untuk kami sempurnakan, walaupun persiapan telah dilakukan untuk menerima tempahan lagi banyak berbanding tahun lepas…. tak sangka pulak tempahan yang diterima sekarang sudahpun melebihi kapasiti! Kami sedang bertungkus-lumus nak menyempurnakan tempahan yang sedia ada dahulu…
Insya Allah, kalau ada rezeki, kami akan buka jualan untuk 16 & 17 September nanti.
subscribe to comments RSS
There are no comments for this post