Siapa Kami? 0
* Catatan di bawah ini telah ditulis pada tahun 2009. Harap maklum. *
Sebelum kita mulakan bicara, ingin saya menyusun jari sepuluh memohon ampun sekiranya ada kata-kata yang mengguris atau pun bakal mengguris perasaan sesiapa sahaja yang mengikuti blog baru kami ini, http://www.kuihraya.com.my , mahupun blog kami yang terdahulu sejak tahun 2007 di http://kuihraya.wordpress.com.
Mohon ampun juga dipinta kerana bahasa yang kami gunakan di sini adalah agak tidak formal, dan mungkin akan dirojakkan dengan bahasa Inggeris, kerana kami orang yang “simple” dan tidak mahu banyak kerenah memikirkan perkataan-perkataan yang tak tercapai akal kami untuk memikirkannya pada waktu kami menulis di blog ini

Jamilah (Isteri), Rayyan (Anak Sulung), Suami
Saya yang menulis ni adalah si suami, juga yang menguruskan hal-hal promosi, bab-bab teknikal seperti meng”update” blog ini, mengambil gambar-gambar kuih raya…. manakala isteri saya lah yang tukang menjawab taliponnya, menguruskan pesanan-pesanan yang diterima, termasuklah menguruskan hal-hal operasi bisnes kami ini.
Pada mulanya sebelum berkahwin dengan isteri saya, ibu saya memang rajin membuat kuih raya setiap bulan Ramadhan. Lama-kelamaan, daripada 7 jenis, jadi 3 jenis, dan kemudia menjadi 1-2 jenis sahaja… itupun kalau larat… yang lainnya kitorang ni beli aje… senang!
Lagipun, kuih-kuih yang kami beli ini, yang buatnya mak sedara saya jugak. Itu pun dah 5-6 jenis kuih. “Supplier” kami yang lain pun bukan orang lain… kenalan-kenalan rapat ibu saya juga. Last-last, dapatlah nak dekat 15 jenis kuih raya bila musim Aidilfitri tiba, itu pun kalau jangka hayat kuih-kuih tu panjang tak dihabiskan oleh saya
Saya ni hantu kuih raya. Ada yang panggil saya “Cookie Monster”. Anak lelaki saya yang 5 tahun sekarang ni pun “Cookie Monster” juga… kami hanya sukakan kuih-kuih yang sedap. Kalau tak sedap, kami tak beli, kami tak makan. Tapi kalau ada lagi lebihan lepas raya tu, sedap tak sedap kami bedal juga hehehe…
OK, so… berbalik pada sejarah bisnes ni tadi, bila saya dah berkahwin 6 tahun lalu, ibu saya suruh isteri saya mempromotekan kuih-kuih raya yang dibuat oleh mak-mak sedara saya serta rakan-rakan ibu saya ini kepada rakan-rakan sepejabat. Hasilnya, dapatlah duit komisen RM100-RM200 sebulan setiap kali musim Raya. Jadilaaaa bolehla masuk dalam angpow packet buat budak-budak yang datang rumah…
Isteri saya ni memang “gila” berniaga. Bagila barang apa sekalipun kat dia, senang je dia jual. Barang-barang yang untung seringgit dua pun dia sanggup jual kerana seronoknya dia berniaga. Tapi direct-selling/MLM business yang dia masuk semua lingkup… hahaha pasal tu dok jual kuih raya lagi ni… hehehe lagi puas jual barang daripada cari orang… hahaha
KUIH RAYA KELANA JAYA
Pada tahun 2007, saya mendapat satu idea. Daripada tiap-tiap tahun bagi sample kuih raya dekat rakan-rakan pejabat dia, apa kata kalau dibuatkan blog supaya kita paparkan gambar sahaja, le[as tu diorang order aje la.... kan senang? Diorang pun semua dah tau betapa sedapnya kuih-kuih raya yang kami jual tu... hanya terlupa nama jer... so, kalau kita letak gambar, mesti diorang senang ingat kuih apa yang diorang rasa... betul tak?
Betul..... so, kami lancarkanlah blog KUIH RAYA KELANA JAYA kami yang pertama di http://kuihraya.wordpress.com.
Mula-mulanya okayla... pesanan mula masuk, tiba-tiba ntah sapa pulak yang telefon and email, nak beli jugak... kami pun terkejut la jugak, betapa powernya blog kami ni sampai orang yang tidak dikenali pun nak beli kuih raya kami tanpa rasa sample pun! Ni jenis yang tengok gambar terus beli. Ada orang Penang, Johor, etc semua nak beli. Camna nak supply? Kitorang kat PJ, kalau nak datang amik bolehla... we were not prepared at all!!
Diam tak diam, pada tahun itu dalam bulan Ramadhan itu sahaja kami telah menjual lebih 1,000 botol kuih raya! (40-50 pieces setiap botol). Ramai rakan-rakan baru yang kami terima hasil daripada bisnes "terkejut" ni. Sampai sekarang masih lagi menelefon bertanyakan khabar, dan sebagainya.
RAKAN-RAKAN AGEN KAMI
Pada tahun 2008 (tahun lepas), kami hanya contactla balik sesiapa yang dah beli dengan kami pada tahun sebelumnya. Mereka terus membeli dengan kami. Ramai yang menjadi "agen" kami di kawasan ofis-ofis mereka, tolong belikan untuk rakan-rakan sepejabat (so, diorang ni dapat diskaun).
Senang bagi kami kerana deal dengan sorang aje, daripada nak deal dgn beberapa org dari pejabat yang sama. So, bila agen-agen ni dapat diskaun, pandai-pandaila diorang nak share dengan orang-orang lain kat ofis dia tu... tapi sekarang kalau nak jadi agen, kena la beli lebih kurang 100 botol (ada agen-agen kami yang membeli 200-300 botol!)
Pada tahun 2008 itu lebih ramai lagi orang-orang yang tidak dikenali membeli daripada kami. Dari Singapore pun ada, yang sanggup datang naik bas, ambik berkotak-kotak kuih raya kami dan balik semula ke sana. Gila-gila jugak orang nak berniaga kuih raya ni ye? hehehehe.. alhamdulillah... Tuhan nak bagi rezeki, kat mana-mana pun kita boleh cari... kalau tak cari mana nak tau ada rezeki ke tak, ye dak?
Alhamdulillah juga, berkat dengan kesedapan kuih-kuih raya kami, serta mereka yang berkali-kali memesan sampai terlepas tarikh tutup pesanan, sahabat-sahabat yang kami kenali melalui bisnes ini sejak 2007, bisnes kami telah melonjak melebihi 3 kali ganda daripada tahun sebelumnya. Ni orang kata rezeki anak kedua yang dikandung isteri saya yang mengandung 7-8 bulan pada masa tu... alhamdulillah...

Rayhana (Anak Ke-2) dah 9 bulan dah ni...
Agen-agen kami juga mendapat beratus-ratus ringgit. Ada agen-agen kami yang dapat komisen sehingga seribu ringgit! (mungkin ada yang lebih lagi kot)...
Masalah kami setiap tahun ada satu sahaja..... boleh ke tukang-tukang buat kuih tu buat kuih-kuih yang orang pesan tu?? hehe.. sebab diorang ni buat kat rumah.. bukan pakai mesin tekap-tekap.. semuanya home-made, pakai 100% BUTTER, and semuanya ada kerja tetap...
Tapi alhamdulillah, komitmen kami tidak berbelah bagi. Ada yang sanggup ambik MC nak siapkan pesanan, ada yang amik half day, ada yang amik cuti, ada yang terbangkan "maid" dari Indon untuk tolong dia tengok-tengokkan kuih dia kat oven, tolong pack, etc (tak berani nak bagi maid ni bancuh-bancuh kuih, quality kami tetap terjaga)...
Beribu-ribu botol kuih raya telah selamat kami agih-agihkan pada tahun 2008 itu, alhamdulillah...
Buat masa ini, walaupun order belum dibuka untuk 2009, pesanan telah pun diterima. Berpuluh-puluh SMS, panggilan telefon telah diterima isteri saya untuk memesan kuih raya pada tahun 2009 ini.
InsyaAllah akan kami laksanakan bisnes kami pada tahun ini dengan jayanya seperti tahun-tahun lepas berkat dengan sokongan anda semua.
Sekian, terima kasih.
- Sheikh Faisal ("Shake")
subscribe to comments RSS
Comments are closed