Archive August 2009

Phase 2 Updates!! Ada kuih raya yang ditutup… 0

Aug31

Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut Perayaan Kemerdekaan Malaysia ke-52!

Alhamdulillah, pesanan untuk Phase 2 telah pun ditutup semalam. Based on the orders received, jumlah pesanan setakat ini telah pun melebihi jumlah pesanan keseluruhan kami tahun lepas… alhamdulillah dan terima kasih di atas sokongan anda para peminat Kuih Raya Kelana Jaya :)

Buat masa ini proses pembuatan kuih dan pengagihan dan penghantaran sedang giat dilakukan. 18% daripada kesemua pesanan setakat ini telah pun diterima oleh anda, terutamanya mereka yang telah memesan dalam Fasa 1.

Fasa 3 bermula hari ini dan akan berakhir 5 September 2009.

Di sini diumumkan bahawa untuk Fasa 3, pesanan untuk Mama Carries DITUTUP! Tempahan yang diterima setakat Fasa 2 semalam telah meningkat 100% daripada jumlah keseluruhan tahun lepas. Terima kasih kepada mereka yang sempat memesan kuih Mama Carries kami ini. Kepada yang tak sempat, kita cuba lagi pesan awal2 tahun depan.. :)

Kepada semua agen kami, diminta anda semua tidak lagi mengambil order untuk mama Carries untuk Fasa 3 ini kerana permintaan yang diterima untuk Fasa 3 tidak dapat dipenuhi.

Sekian, terima kasih.

:)

Phase 1 Updates 0

Aug25

Salam Ramadhan…

Alhamdulillah, kita berada dalam Fasa 2 untuk mereka yang ingin lagi memesan kuih raya untuk musim Aidilfitri 2009 ini. Fasa 2 telah dimulakan sejak 23.08.09, hinggalah pada 30.08.09, yang mana KESEMUA JENIS KUIH RAYA dalam katalog kami MASIH BOLEH DIBUKA UNTUK PESANAN!

Kepada mereka yang telah membuat pesanan melalui SMS/e-mail/telefon kepada kami dan telah meng”confirmkan” pesanan anda dengan deposit sebanyak 30% daripada jumlahnya, terima kasih kami ucapkan. Namun ada juga yang masih lagi tidak membuat bayaran. Kalau boleh, dicepatkan sedikit sebelum Fasa 2 ini ditutup kerana nanti pesanan anda tidak dapat kami utamakan, terutamanya sekiranya kuih-kuih yang anda inginkan sudah tidak lagi dibuka untuk pesanan menjelang Fasa 3 nanti.

Updates untuk Fasa 1

Apabila ditutup sahaja Fasa 1 tempoh hari, jumlah pesanan yang kami terima telah mencapai lebih kurang 75% daripada keseluruhan jumlah pesanan yang kami terima tahun lepas. Alhamdulillah…

Namun ada juga agen-agen kami yang masih belum memberikan pesanan mereka. Kepada agen-agen kami (dan juga kepada mereka yang hendak menjadi agen.. sempat lagi ke? :) ) cepat!!! Confirmkan pesanan anda selewat-lewatnya sebelum Fasa 2 berakhir!! Nanti kempunan pula rakan-rakan anda nak menikmati kuih-kuih raya kami…

Pengagihan kuih-kuih raya telah pun bermula sejak Fasa 1 ini. Ada di antara anda yang telah pun mendapat kuih2 raya yang dipesan. Dan ada juga yang membuat “repeat order”. Terima kasih. Dah kami katakan, kuih raya kami sedaaap! :)

Seperti tahun-tahun sebelum ini, kami akan paparkan kepada anda our TOP 7 atau TOP 10 kuih-kuih raya yang telah dipesan oleh anda semua, berdasarkan jumlah pesanan yang diterima. Tapi not now. Kami masih lagi nak finalizekan jumlah order Fasa 1 ini.

But secara kasar, kuih raya yang paling favorite, seperti biasa ialah Denmark Cookies! Kuih-kuih lain dalam senarai Top 10 akan kami senaraikan tak lama lagi.

Seperti biasa, kepada mereka yang ingin menikmati kuih-kuih raya kami, klik pada Harga & Borang Pesanan untuk mengetahui harga serta cara-cara untuk membuat pesanan atau hubungi Jamilah (Ja) di 012-3159254 atau email ke jamilahkj @ yahoo . com

Selamat Berpuasa! :)

Tart Nenas Gunting… Sememangnya Sedaaap! 0

Aug22

Setiap tahun ada sahaja kejutan berdasarkan jumlah pesanan kuih-kuih raya yang kami terima. Sekiranya tahun lepas ada beberapa kuih raya “berhantu” hehehe… (berhantu sebab kesedapan yang tidak terhingga kerana ramai yang mengorder kuih itu lagi dan lagi dan lagi…) tahun ini giliran TART NENAS GUNTING!

Kalau tahun lepas, kuih samprit dan biskut arab (tak dijual tahun ni) menjadi kuih “berhantu”, yang mana kalau dah order, dah rasa, nak order lagi dan lagi dan lagi…., tahun ini, oleh kerana kesedapannya Tart Nenas Gunting ini, sambutan amat menggalakkan sekali dan bakal dinobatkan kuih “berhantu”  :)

Based on pesanan Fasa 1 yang akan ditutup hari ini sahaja, jumlah pesanan bagi Tart Nenas Gunting telah pun melebihi jumlah keseluruhan pesanan bagi kuih ini tahun lepas. Dahsyat! Alhamdulillah….

Keenakan Tart Nenas Gunting kami ini memang terserlah… inti nenas yang digunakan bukanlah jem nenas yang dibeli dalam tin, tetapi diperbuat daripada buah-buah nenas terbaik yang disagat dan dimasak sendiri di dapur rumah… sekali masak, 100 biji nenas digunakan… bayangkan jenuhnya nak mengacau inti nenas ini… tetapi untuk menghasilkan kuih yang sedap, pengorbanan ini amat berbaloi, apa lagi melihat sabutan ke atas kuih ini yang sebegini rupa… alhamdulillah dan terima kasih kepada anda yang telah membuat pesanan

Sukacita dimaklumkan, Tart Nenas Gunting ini masih dibuka untuk pesanan untuk Fasa 2. Cepat! Jangan terlambat. Takut tak sempat pulak nak pesan kuih ni dalam Fasa 3! Kalau nak ikutkan trend pesanan setakat ini, permintaan naik mendadak… takut tak menang tangan pulak nak sediakan tart nenas gunting ni untuk Fasa 3 nanti…

Klik pada Harga & Borang Pesanan untuk mengetahui harga serta cara-cara untuk memesan kuih ini, atau hubungi Jamilah (Ja) di 012-3159254 atau email ke jamilahkj @ yahoo . com

Salam Ramadhan… 0

Aug21

Sempena Ramadhan yang disambut malam ini, kami ingin menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah tingkah laku, peradaban dan budi bicara sepanjang kami berurusan dengan anda semua yang telah pun memesan kuih-kuih raya kami untuk Fasa 1. Fasa 1 akan ditutup esok.

Pesanan untuk Fasa 2 akan dibuka lusa. Teruskan memesan daripada kami kepada mereka yang masih lagi memberikan pesanan anda secara terus, atau pun melalui rakan-rakan anda yang menjadi agen-agen kami.

Selalunya ramai yang ingin membuat pesanan “last minute”, seperti tahun-tahun lepas… bila dah nak dekat raya je, lagi bertambah-tambah berlipat kali ganda pesanan yang diterima. Oleh sebab itu, ada banyak kuih raya yang tidak dapat dipesan.

Tapi alhamdulillah, sehingga semalam, pesanan yang telah diterima setakat ni telah mencapai jumlah 50% daripada keseluruhan jumlah pesanan tahun lepas. Terima kasih kepada ramai yang telah memesan lebih awal.

Oleh disebabkan persediaan lebih awal pada tahun ini, kami ingin umumkan bahawa KESEMUA KUIH RAYA di dalam katalog kami MASIH LAGI BOLEH DIPESAN untuk FASA 2 yang akan bermula lusa.

Seperti biasa, jangan tunggu hingga last minute!!! Nanti ada kuih yang akan ditutup pesanannya… melepas nanti macam tahun lepas… kemungkinan kuih-kuih yang anda minati tidak akan ada lagi dalam Fasa 3.

Keep coming to this website for updates!!! Berita terkini mengenai status pesanan kuih raya dan penghantaran kepada anda akan diberikan dari masa ke semasa…

Semoga Ramadhan kita pada tahun ini akan diberkati dengan ibadat-ibadat kita sepanjang bulan ini, insyaAllah…

Fasa-fasa dalam tempoh pesanan 0

Aug5

FASA 1 dibuka sekarang sehingga 22.08.2009!!

Seperti tahun lepas, kami akan buka pesanan melalui 3 Fasa. Seperti biasa, sesiapa yang memesan kuih raya dalam Fasa 1 dan Fasa 2, insyaAllah kami jamin kuih raya anda akan siap diedarkan sebelum raya. Pesanan dalam Fasa 3 ni risky sikit. Kemungkinan permintaan tak dapat ditunaikan tu ada…. tapi insyaAllah, based on the past few years, kami sempat juga menunaikan segala pesanan yang dibuat oleh anda semua beberapa hari sebelum hari raya :)

Berikut adalah tempoh fasa-fasanya:

  1. Fasa 1: Dibuka sekarang hingga 22.08.2009
  2. Fasa 2: Mulai 23.08.2009 hingga 30.08.2009
  3. Fasa 3: Mulai 31.08.2009 hingga 5.09.2009

Dalam Fasa 1,  kesemua kuih raya yang ditonjolkan dalam katalog kami dibuka untuk pesanan. Fasa 2, kemungkinan ada sesetengah kuih raya yang telah mencapai kapasiti maksima yang kami boleh sediakan… so mungkin anda yang terlambat buat pesanan (atau yang ingin menambah pesanan) tidak dapat merasa… Fasa ke-3, selalunya kuih raya seperti Mama Carries, Tart Nenas Gunting, Tart Nenas Gulung, Chocolate Shortbread, Samprit, dan London Almond akan ditutup.

So, apa lagi. Pesan cepat2. Jangan terlambat!

Kepada anda yang baru pertama kali hendak berurusan dengan kami, sila klik sini untuk cara-cara membuat pesanan.

Terima kasih! :)




Kuih Raya Kelana Jaya is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com